Operasi Borong/Runcit RM1.00*!!!
ANDA MINAT BERNIAGA???
KAMI PEMBORONG BARANG-BARANG SERBANEKA RM2!!!
SATU BARANG SERENDAH RM1.00*

*Pembelian dengan pakej.
**Admin berhak melakukan sebarang pindaan & perubahan pada mana-mana bahagian dan pada bila-bila masa.

Saturday 28 December 2013

PAKEJ RUNCIT SERBANEKA AKAN DILANCARKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cadangan dari sahabat amat di alu-alukan.

Atas permintaan ramai, kami akan adakan pakej runcit barang serbaneka RM2 bagi sahabat-sahabat yang inginkan barang-barang murah dalam jumlah yang kecil.

Pihak kami sentiasa berusaha memberi khidmat yang terbaik kepada anda.

Admin.


Wednesday 25 December 2013

KATALOG SERBANEKA RM2 TERKINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
  1. Harga setiap barangan adalah berbeza mengikut jumlah pembelian dan kuantiti minimum. 
  2. Harga tidak termasuk kos penghantaran. 
  3. Sila rujuk kepada pakej pembelian (A-Emas) untuk mendapatkan harga terendah. 
  4. Barang sentiasa bergerak, kemungkinan terdapat beberapa barang yang kehabisan stok, kami akan gantikan dengan barang yang sama harganya.
  5. Sila lihat borang tempahan. 










SELAMAT BERCUTI

Assalaamualaikum dan salam sejahtera.

Kami mengucapkan selamat bercuti pada hari ini kepada sahabat-sahabat sekalian.

Semoga cuti ini memberi manfaat kepada kita semua di samping bersama keluarga tercinta.

Bawalah keluarga bersiar-siar walaupun sekitar yang dekat untuk mengeratkan hubungan.

Sayangilah keluarga kerana merekalah tempat kita mencurah kasih sayang.

Admin.

Tuesday 24 December 2013

TEGURAN MEMBINA BLOG SERBANEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang teguran membina daripada sahabat sekalian bagi memantapkan lagi perniagaan barang serbaneka ini.

Segala perkongsian dan teguran membina dapat diambil manfaat bersama terutama kepada sahabat yang baru nak menceburi dalam bisnes ini.

Perniagaan serbaneka amat menguntungkan jika benar-benar ingin melakukannya.

Admin.

Saturday 21 December 2013

PAKEJ PEMBELIAN SERBANEKA TERKINI


***Boleh runding harga dengan pengurus.
##Pihak pengurusan berhak meminda mana-mana keputusan pakej.
>>Sekiranya stok kehabisan, kami ganti dengan barang yang sama harganya.
=> Anda boleh membuat tempahan dengan mengisi borang tempahan. 

Thursday 19 December 2013

PERCUMA!!!... FREE!!!... BARANG SERBANEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami sediakan barang serbaneka PERCUMA untuk anda!!!


PERCUMA UNTUK ANDA!!!
 

 1.  Pembelian RM300 - RM600. (Sesuai untuk permulaan perniagaan)


2. Free 50 barang serbaneka  dengan pembelian RM700 - RM1400.


3. Free 100 barang serbaneka dengan pembelian RM1500 - RM3500.


4. Free Pos & 30 barang serbaneka dengan pembelian RM3500 - RM9,000.


5. Free Pos & 60 barang serbaneka dengan pembelian RM10,000 - RM19,000.


6. Free Pos & 100 barang serbaneka dengan pembelian RM20,000 - RM36,000.

Semua ini dan banyak lagi, percuma untuk anda.

"KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT TERBAIK UNTUK ANDA".

Admin.

Wednesday 18 December 2013

PERCUMA... FREE... 50 BARANG UNTUK ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami menyediakan 50 barang serbaneka percuma untuk anda.

FREE 50 barang... untuk anda...

Kami sediakan khas untuk pelanggan kami yang hanya membeli barang serbaneka sebanyak RM700 - RM1400.

Jadi, rebutlah peluang ini. Barang serbaneka PERCUMA menjadi milik anda.

Admin.

Tuesday 17 December 2013

Katalog Alatulis




 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bagi sahabat yang nak ambil peluang untuk mencari rezeki sempena musim buka sekolah dah dekat. Kami menyediakan katalog dan pakej alatulis untuk sahabat semua. Kami mempunyai 200 lebih barang alatulis.




Peralatan Alatulis Sempena Buka Sekolah

Asslamualaiku dan salam sejahtera.

Sesi persekolahan 2014 akan bermula tak lama lagi. Maka gembira lah adik-adik yang baru nak daftar ke sekolah rendah dari alam tadika, sekolah rendah naik ke sekolah menengah, tak lupa juga yang berada di sekolah yang sama.

Maka berduyung-duyunglah ibu bapa pergi ke pasar dan kedai nak cari serba sedikit peralatan alatulis untuk anak-anak mereka.

Jadi, kami di borong serbaneka menyediakan katalog alatulis bagi sahabat-sahabat yang nak berniaga sempena buka sekolah tak lama lagi ni.




Monday 16 December 2013

PERCUMA... FREE... 100 BARANG UNTUK ANDA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah anda mencari barang serbaneka percuma?

Di sini, anda akan mendapat barang ini secara percuma sebanyak 100 barang dengan pembelian RM1500 - RM3499.

Kami dengan sukacitanya akan berikan kepada anda secara terus.

Jadi, apa tunggu lagi. Peluang terbaik kepada anda semua.

Admin.

Saturday 14 December 2013

PROMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kedai borong serbaneka akan membuat promosi sempena tahun baharu 2014.

Diharap para sahabat dapat bersabar menunggunya.

*tertakluk kepada terma dan syarat. Tunggu...


PROMOSI HEBAT

TAHUN BAHARU 2014

TUNGGU!!!


Tuesday 10 December 2013

Pemberitahuan Status Barangan Order 'online'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya banjir dah beransur pulih, selamat kembali kepada rakan-rakan ke rumah masing-masing. Apa pun perjuangan hidup mesti diteruskan

Berkaitan status barangan order secara 'online' sahabat-sahabat di luar sana, ingin saya nyatakan, kami telah paparkan di sisi kanan status barangan anda. Walaupun sebelum ini, kami hanya memaklumkan status barangan melalui henset saja.

Diharap perkembangan ini dapat memuaskan hati para pelanggan kami dengan lebih yakin lagi.

Pembelian secara 'online' tidaklah serancak pembelian secara terus di pasar-pasar pagi & malam. Namun inilah bentuk kepelbagaian bio. Eh...eh... kepelbagaian jalan berniaga...

Rezeki ada di mana-mana hanya kita yang mahu ambilnya atau tidak.

Admin.

Saturday 7 December 2013

BANJIR SATU UJIAN... SABARLAH WAHAI SAUDARAKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap tahun kita sering diuji dengan banjir. Namun kali ini lain sikit keadaannya.

Tempat yang tak pernah @ jarang berlaku banjir telah dinaikki air sepenuhnya. Ini menyebabkan kawasan saudara-saudaraku tenggelam dan lumpuh sepenuhnya segala aktiviti di sana.

Apa yang dapat kami ucapkan di sini ialah "SABAR"lah wahai saudaraku. Ini adalah ujian Allah kepada hamba-hambaNya.

Kami di sini sentiasa memohon doa di samping menghulurkan bantuan berbentuk kewangan setakat yang termampu.

Wassalam.

Admin.
Kebesaran Allah Air Banjir Jernih Di Masjid Al Fatah Gambang Kuantan
air jernih dalam masjid Kuantan walau di luar keruh

KEAJAIBAN KUASA ALLAH MASJID SUNGAI ISAP SELAMAT DARI BANJIR WAJIB BACA 
Masjid tidak dimasuki air walau sekitarnya tenggelam

Friday 22 November 2013

Ingin Melawat Stor Kami??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat sekelian sihat sentiasa.

Saya nak kongsi pertanyaan dari sahabat di luar sana berkaitan stor simpanan barangan kami. Ada yang minta nak tengok & melawat sendiri stor kami. Ada sahabat kata indah kabar dari rupa dan sebagainya lah...

Respon saya, stor barangan hanya untuk simpanan kami sahaja bersama rakan-rakan niaga barang serbaneka. Kami tak dapat nak memenuhi kehendak sahabat untuk ke stor kami dan lain-lainnya lah...

Bagi yang ragu-ragu, terpulang kepada anda semua. Apa yang penting perniagaan di pasar pagi & malam kami tetap berjalan di samping bersama pelanggan setia kami.

Jika sahabat bertanya lagi berkaitan hal ini, maka kami akan beri jawapan, tuan/puan isi borang tempahan & katalog seterusnya kami usahakan yang lainnya.

**Jika sahabat-sahabat ingin mendapat barangan dari pengeluar, maka China & Vietnam adalah tempat yang patut dilawati.

Sekian, terima kasih.

Admin.

Thursday 14 November 2013

Melawat Kedai Serbaneka Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat-sahabat sihat ceria sentiasa.

Berkenaan pertanyaan sahabat-sahabat di luar sana tentang nak datang sendiri melawat kedai serbaneka kami, pihak pengurusan amat mengalu-alukan kehadiran sahabat sekelian. Selain dapat makan angin di kampung kami, (5km ke Pantai Sri Tujuh,  Pantai Geting, kawasan bebas cukai pengkalan kubur) kita juga dapat mengeratkan silatulrahim.

Untuk Makluman...

Kedai kami hanya pamerkan barang-barang sampel sahaja dan barang untuk jualan di pasar pagi, pasar malam dan tempat-tempat keramaian. Jadi, barang yang ada di kedai kami tidak banyak, jika sahabat gambarkan seperti gedung maka ianya adalah silap. Stor simpanan kami mempunyai lebih 500 jenis barang serbaneka.

Ini kerana, ada pelanggan kami membayangkan bahawa kedai kami seumpama sebuah gedung yang besar dan berselerak barang-barang seperti dalam gambar. Perlu diingatkan, gambar yang dipaparkan adalah stor simpanan, yang mana kami berkongsi rakan-rakan dalam  perniagaan ini.

Diharap penjelasan kami ini, dapat menukar gambaran sahabat-sahabat tentang kedai kami. Kedai kami bukanlah sebuah gedung yang besar. Namun, terdapat barang-barang sampel dan jualan runcit kami.

Sekian, terima kasih.

Admin

Sunday 10 November 2013

Stok Barang Serbaneka Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat-sahabat di luar sana sihat sentiasa bersama keluarga.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan barang-barang serbaneka yang ada pada stok kami. Barang-barang serbaneka kami sentiasa bergerak setiap hari kerana kami juga menjalankan perniagaan di pasar-pasar pagi dan pasar malam dan termasuk pembelian secara borong dari pelanggan setia kami.

Untuk makluman para sahabat sekelian, jumlah barangan kami melebihi 500 item yang juga sentiasa bergerak. Persoalan tentang katalog hanya tersenarai sebanyak 142 barang sahaja.

Sebagai jawapan, satu item mempunyai beberapa jenis 'design' @ 'pattern'nya. Kami hanya paparkan barangan 'basic' sahaja. Ada pelanggan kami mahukan ianya disenarai bersama. Namun kami akui, kesempitan & kesuntukan masa kami, hanya itu yang kami mampu paparkan kepada para sahabat sekelain buat masa ini.

Kami akan cuba memberi yang terbaik di samping 'update'kan katalog untuk kepuasan hati pelanggan kami.

Semoga servis yang kami sediakan selama ini dapat menyenangkan hati semua terutama pelanggan setia kami.

Sekian;
Admin

Thursday 31 October 2013

Persoalan Kos Pos @ Penghantaran



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang berurusan dengan kami...

Berkaitan dengan pertanyaan kos pos / Penghantaran, caj 10% @ 20% daripada pembelian.

Penghantaran akan dibuat melalui Pos / Lori/ Sykt Kurier / Kargo.
Tempoh penghantaran bergantung kepada perkhidmatan pos, biasanya 4-7 hari bekerja.

Sebagai makluman, kos penghantaran 10% @ 20% kami letakkan itu adalah berdasarkan berat timbangan barangan yang dibeli. Ini kerana pihak pos akan timbang berat barang-barang  dan  akan ditentukan oleh mereka.

Terdapat barangan yang kecil tapi beratnya lebih. Namun jika kos pos melebihi daripada 10% @ 20%, pihak kami akan menampungnya dengan ihsan kami. 


Kebiasaanya ia menepati kos tersebut memandangkan suasana sekarang melibatkan pesta kenaikkan harga barang-barang. Hal ini, termasuklah pos ke Sabah & Sarawak sebanyak 20%.

Jadi pihak kami meletakkan 10% @ 20% sebagai kos purata pos.

Sekian, terima kasih.

Admin.

Wednesday 30 October 2013

Admin Sedia Berkongsi Maklumat Perniagaan Serbaneka dengan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga rakan-rakan sihat sentiasa hendaknya.

Di sini, saya sedia berkongsi maklumat tentang perniagaan barang serbaneka bersama rakan-rakan di luar sana. Pengalaman yang sedikit ini dapat kita bincang bersama sebagai permulaan dalam bisnes ini.

Perkongsian ini bergantung pada masa saya. Rakan-rakan boleh menelefon saya jika ada sebarang pertanyaan secara 'direct'. Insyallah...jika masa saya 'free' kita boleh sembang dan bincang itupun berdasarkan pengalaman saya je.

Sekiranya saya tidak dapat membalas sms @ panggilan rakan-rakan, diharap jangan berkecil hati... mungkin saya dalam kesibukkan, maklumlah setiap orang ada masa lapang dan sibuknye.Apa pun saya akan cuba memberikan jawapan pada rakan-rakan walaupun terlewat masanya.

Semoga rakan-rakan senang sentiasa dalam menjalankan bisnes RM2 ini.

Ikhlas dr
Admin.

Tuesday 15 October 2013

Salam Eidul Adha Maaf Zahir Batin...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
Walillahil Hamd...

Ya Allah... Ampunilah dosa-dosa kami...
Terimalah ibadat qurban kami...

Jadikanlah kami tetamu Mu ke Baitullah bg mengerjakan
ibadat haji...

Dengan kemurahan rezki Mu... Ya Allah...

dr Admin borong serbaneka...

 1920


Monday 14 October 2013

Selamat Berpuasa Sunat Arafah!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya ucapkan selamat berpuasa sunat Arafah hari ni 9 Zulhijjah 1434 H / 14 Oktober 2013.

Besar kelebihannya...


Thursday 10 October 2013

Botol air minuman Hanya RM1.60*

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya poskan jenis-jenis botol air beserta harganya. 

Semoga anda puas hati...



Tuesday 8 October 2013

Inilah Stor Perkongsian Barangan Serbaneka Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat barangan serbaneka.

Kali ini saya nak kongsikan bersama para peminat barang RM2 dan ke atas berkenaan foto stor besar perkongsian barangan serbaneka yang kami simpan.

Barangan di kedai kami hanyalah sebagai sampel contoh bagi memudahkan para pembeli melihat dan memilih seterusnya membuat tempahan. Pihak kami akan menguruskan hal-hal berkaitan bungkusan dan pos barangan yang ditempah.

Kedai kami hanya barangan contoh sahaja!!! :-)
Foto ini hanya stor simpanan...

Perlu diingatkan barangan ini berharga  
RM2 dan ke atas
.










Semoga anda berpuas hati.

Kedai RM2 Kembali di Alam Maya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Maaf kepada para pengunjung blog Borong Serbaneka kerana dah lama saya tak update...

Kali ini, kedai borong RM2 ini kembali aktif di alam maya buat peminat yang berada jauh di pelusuk Malaysia.

Blog ini akan di 'update'kan seperti biasa Insyallah...

Tuesday 9 April 2013

PROMOSI KEDAI RM2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami sedang berusaha untuk meng'upgrade'kan perniagaan dan kedai kami bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Namun aktiviti ini bergantung kepada kepakaran, modal pusingan dan masa yang terhad.

Kali ni, kami tengah mempromosikan kedai dan blog serbaneka RM2 ini kepada pelannggan. Antaranya kami telah menggantung beberapa 'bunting' yang ditempah dari kawan di kampung. Harga  'bunting' ni murah sangat-sangat kalau nak dibandingkan kat kedai-kedai iklan.

'Bunting' ni direka oleh kami sendiri hasil dari tinjauan tepi jalan. Harganya lebih kurang RM33 untuk 1.5 kaki x 3kaki. Murah kan!!! Kalau nak tempah 'bunting' boleh order dengan saya, sangat murah!!!

Kat bawah ni foto iklan yang digantung berdekatan kedai.












Thursday 28 March 2013

Mencari Keuntungan dan Pahala Bersama

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Antara aktiviti kami selain pemborong barangan serbaneka RM2 ialah berniaga di pasar malam/pagi. Kami turut berniaga bagi mencari keuntungan di samping dapat membantu rakan-rakan mendapatkan barangan harian secara terus serta memberi pekerjaan kepada ahli keluarga kami sendiri.

Alhamdulillah, semoga niat murni kami akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah subhanahu wataala melalui perniagaan ini. Ameen.....

pasar malam Kg. Tebing Sabtu 23/03/2013 jam 8:26pm


 
 

Sunday 17 March 2013

Pengangkutan rasmi kami

Assalamualaikum,

Kali ni admin nak 'share' gambar van rasmi kami yang diambil pada Febuari 2013. Alhamdulillah sejak ada van ni bisnes berjalan lebih lancar berbanding kereta wira dulu.

Almaklum lah, muatan van lebih banyak dari wira. la ni wira dulu tunggu untuk masuk 'wad' untuk ditampal tempat-tempat bocor akibat penggunaan yang lasak sebelum ni.

Aha...ni la van 'allepat' yang penuh dengan barang-barang plastik untuk ke pasar malam dan pasar-pasar tempat orang ramai.




Kami pemborong serbaneka RM2 sedia menerima tempahan. Harga serendah RM1.30 setiap barang bagi pembelian melalui pakej yg disediakan.

http://borong-serbaneka-2-u.blogspot.com/

Datanglah ke kedai kami utk melihat sendiri barang jualan. Kedai beroperasi jam 7.00pg - 6.00 ptg.