Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga sahabat-sahabat sihat ceria sentiasa.
Berkenaan pertanyaan sahabat-sahabat di luar sana tentang nak datang sendiri melawat kedai serbaneka kami, pihak pengurusan amat mengalu-alukan kehadiran sahabat sekelian. Selain dapat makan angin di kampung kami, (5km ke Pantai Sri Tujuh, Pantai Geting, kawasan bebas cukai pengkalan kubur) kita juga dapat mengeratkan silatulrahim.
Untuk Makluman...
Kedai kami hanya pamerkan barang-barang sampel sahaja dan barang untuk jualan di pasar pagi, pasar malam dan tempat-tempat keramaian. Jadi, barang yang ada di kedai kami tidak banyak, jika sahabat gambarkan seperti gedung maka ianya adalah silap. Stor simpanan kami mempunyai lebih 500 jenis barang serbaneka.
Ini kerana, ada pelanggan kami membayangkan bahawa kedai kami seumpama sebuah gedung yang besar dan berselerak barang-barang seperti dalam gambar. Perlu diingatkan, gambar yang dipaparkan adalah stor simpanan, yang mana kami berkongsi rakan-rakan dalam perniagaan ini.
Diharap penjelasan kami ini, dapat menukar gambaran sahabat-sahabat tentang kedai kami. Kedai kami bukanlah sebuah gedung yang besar. Namun, terdapat barang-barang sampel dan jualan runcit kami.
Sekian, terima kasih.
Admin
No comments:
Post a Comment