Operasi Borong/Runcit RM1.00*!!!
ANDA MINAT BERNIAGA???
KAMI PEMBORONG BARANG-BARANG SERBANEKA RM2!!!
SATU BARANG SERENDAH RM1.00*

*Pembelian dengan pakej.
**Admin berhak melakukan sebarang pindaan & perubahan pada mana-mana bahagian dan pada bila-bila masa.

Friday 22 November 2013

Ingin Melawat Stor Kami??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat sekelian sihat sentiasa.

Saya nak kongsi pertanyaan dari sahabat di luar sana berkaitan stor simpanan barangan kami. Ada yang minta nak tengok & melawat sendiri stor kami. Ada sahabat kata indah kabar dari rupa dan sebagainya lah...

Respon saya, stor barangan hanya untuk simpanan kami sahaja bersama rakan-rakan niaga barang serbaneka. Kami tak dapat nak memenuhi kehendak sahabat untuk ke stor kami dan lain-lainnya lah...

Bagi yang ragu-ragu, terpulang kepada anda semua. Apa yang penting perniagaan di pasar pagi & malam kami tetap berjalan di samping bersama pelanggan setia kami.

Jika sahabat bertanya lagi berkaitan hal ini, maka kami akan beri jawapan, tuan/puan isi borang tempahan & katalog seterusnya kami usahakan yang lainnya.

**Jika sahabat-sahabat ingin mendapat barangan dari pengeluar, maka China & Vietnam adalah tempat yang patut dilawati.

Sekian, terima kasih.

Admin.

Thursday 14 November 2013

Melawat Kedai Serbaneka Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat-sahabat sihat ceria sentiasa.

Berkenaan pertanyaan sahabat-sahabat di luar sana tentang nak datang sendiri melawat kedai serbaneka kami, pihak pengurusan amat mengalu-alukan kehadiran sahabat sekelian. Selain dapat makan angin di kampung kami, (5km ke Pantai Sri Tujuh,  Pantai Geting, kawasan bebas cukai pengkalan kubur) kita juga dapat mengeratkan silatulrahim.

Untuk Makluman...

Kedai kami hanya pamerkan barang-barang sampel sahaja dan barang untuk jualan di pasar pagi, pasar malam dan tempat-tempat keramaian. Jadi, barang yang ada di kedai kami tidak banyak, jika sahabat gambarkan seperti gedung maka ianya adalah silap. Stor simpanan kami mempunyai lebih 500 jenis barang serbaneka.

Ini kerana, ada pelanggan kami membayangkan bahawa kedai kami seumpama sebuah gedung yang besar dan berselerak barang-barang seperti dalam gambar. Perlu diingatkan, gambar yang dipaparkan adalah stor simpanan, yang mana kami berkongsi rakan-rakan dalam  perniagaan ini.

Diharap penjelasan kami ini, dapat menukar gambaran sahabat-sahabat tentang kedai kami. Kedai kami bukanlah sebuah gedung yang besar. Namun, terdapat barang-barang sampel dan jualan runcit kami.

Sekian, terima kasih.

Admin

Sunday 10 November 2013

Stok Barang Serbaneka Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga sahabat-sahabat di luar sana sihat sentiasa bersama keluarga.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan barang-barang serbaneka yang ada pada stok kami. Barang-barang serbaneka kami sentiasa bergerak setiap hari kerana kami juga menjalankan perniagaan di pasar-pasar pagi dan pasar malam dan termasuk pembelian secara borong dari pelanggan setia kami.

Untuk makluman para sahabat sekelian, jumlah barangan kami melebihi 500 item yang juga sentiasa bergerak. Persoalan tentang katalog hanya tersenarai sebanyak 142 barang sahaja.

Sebagai jawapan, satu item mempunyai beberapa jenis 'design' @ 'pattern'nya. Kami hanya paparkan barangan 'basic' sahaja. Ada pelanggan kami mahukan ianya disenarai bersama. Namun kami akui, kesempitan & kesuntukan masa kami, hanya itu yang kami mampu paparkan kepada para sahabat sekelain buat masa ini.

Kami akan cuba memberi yang terbaik di samping 'update'kan katalog untuk kepuasan hati pelanggan kami.

Semoga servis yang kami sediakan selama ini dapat menyenangkan hati semua terutama pelanggan setia kami.

Sekian;
Admin