Operasi Borong/Runcit RM1.00*!!!
ANDA MINAT BERNIAGA???
KAMI PEMBORONG BARANG-BARANG SERBANEKA RM2!!!
SATU BARANG SERENDAH RM1.00*

*Pembelian dengan pakej.
**Admin berhak melakukan sebarang pindaan & perubahan pada mana-mana bahagian dan pada bila-bila masa.

Tuesday, 29 January 2013

Pasar Malam Kg. Geting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

video nie diambil di pasar malam pada 26-01-13, sabtu.

waktu petang di pasar malam Kg. Geting

Sunday, 20 January 2013

'Upgrade' Kedai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, berkat usaha dan doa daripada 'share holders' (adik-beradik), kini, kedai serbaneka kami sedang di'upgrade'kan sedikit untuk menambah barang-barang RM2 dan keatas.

Selain itu, kedai kami juga akan menerima van 'baru' jenis ford bagi kemudahan pengangkutan abe Qi untuk berniaga di pasar pagi & pasar malam yang sebelum ini hanya menggunakan kereta wiranya sebagai 'van'. 'Seat' belakang wiranya dibuang sementara bagi mengisi barang-barang. (well done!)

Tahniah & terima  kasih pada abe Qi, pengorbananmu amat berharga demi kelangsungan bisnes serbaneka ini.

Inilah kedai serbaneka yang di'upgrade'kan sikit.

 Pandangan belakang
 pandangan sisi

Sunday, 13 January 2013

Banjir di kampung

Assalamualaikum,

Bulan Disember adalah bulan lumrah berlaku banjir pada tempat-tempat yang rendah, samalah di kawasan kampung daku Kok Semeru, Kg Belukar Neteng di daerah Tumpat.

Jadi nak tunjuk pada adik-adik yang duk jauh tak sempat nak tengok, ni video banjir kat umah ayah. 

Banjir tak besar mana pun macam tahun-tahun lalu, takat paras betis ja. Kedai serbaneka tak de air pom berniaga macam biasa. 2-3 hari lepas tu air surut.

27/12/2012 jam 6:51 ptg

Tepi jendelo bilik Mok.

Friday, 11 January 2013

Hari Ke-2 Berniaga (Pengalaman)

Assalamualaikum,

Video ini pula hari ke-2 berniaga setelah peralatan di'upgrade'kan. tikar tidak lagi digunakan. (Hehehe...)

Semua barang dah letak atas meja lipat. Niaga di pasar pagi Gelang Mas, 6 Disember 2012 jam 10.33 pg.

(Abe Qi...)

Thursday, 10 January 2013

Hari Pertama Berniaga (Pengalaman)

Asslamualaikum,

Ini merupakan pengalaman pertama setelah sekian lama merancang untuk berniaga barangan RM2.

Antara alatan hari pertama; khemah, heller, tikar, bakul dan barang serbaneka RM2.

Barang tu diletak atas tikar sebab tak sempat beli meja lipat. Alhamdulillah... hari ke-2 dah ade perubahan sket.

Hari pertama bersama abe Qi (abg ipar) jualan di pasar pagi Kg. Simpangan 05 Disember 2012 jam 8:54 pg.

Ucapan ADMIN

Assalamualaukum dan salam sejahtera, saya selaku admin blog ini mengalu-alukan kehadiran para pengunjung untuk bersama berkongsi pengalaman dalam perniagaan terutama barangan serbaneka RM2.

Kami sebagai peruncit dan pemborong bersedia menerima tempahan dari pembeli samada yang telah lama berniaga mahupun yang baharu menceburi dalam arus perniagaan RM2.

Kami sedia memberi serba sedikit maklumat berkaitan perniagaan ini melalui pengalaman kami sendiri yang turun padang menjual barangan RM2 di pasar-pasar pagi dan juga pasar malam.

Yang Benar
ADMIN.

Monday, 7 January 2013

Salam Perkenalan

Selamat Datang!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan kunjungan para sahabat ke blog ini. Semoga sama-sama mendapat manfaat bersama di samping menjana pendapatan lumayan!